10 Tempat Menarik di Negeri Sembilan.


0

Jika anda tak der suku Nogori pun boleh melawat Negeri Sembilan ni. Banyak jer tempat menarik yang unik dan anda boleh lawati. Ada jugak tempat aku tak pernah sampai. Tapi ma shaa allah lawa gempak siol!

Setakat negeri lain yang kaya dengan pelbagai warisan dan tempat bersejarah, rasa tempat kat Negeri Sembilan boleh tapau habis. Tak percaya ka? Jom baca seterusnya.


1. Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang
Sumber: Tourism Malaysia

Memang best tempat ni, Pantai Teluk Kemang ni lengkap dengan pelbagai kemudaha seperti tandas, gazebo, kedai cenderamata dan gerai-gerai makananan. Ianya juga antara g merupakan pantai yang paling terkenal di Port Dickson, ia juga merupakan pantai yang terbesar di sini. 

Alamat: Jalan Pantai Teluk Kemang, Taman Orkid, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan


2. Pantai Cahaya Negeri

Pantai Cahaya Negeri
Sumber: Nik Hasrawati Nik Hassan

Pantai cahaya negeri ni sangat la redup bila dipandang daripada bilik hotel. Pantainya yang jernih dan pasir puith lembut memang best kalau jejak kaki di situ. Ini merupakan alternatif selain pantai Teluk Kemang. 

Alamat: Pantai Cahaya Negeri, 5, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan


3. Blue Lagoon

Credit Pic : HolidaysinMalaysia

Tak lengkap melawat pantai-pantai di Port Dickson ni kalau tak singgah di Blue Lagoon. Cuma kelengkapan agak kurang disini. Di nasihatkan membawa makanan sendiri atau tikar untuk sesi santai-santai bersama keluarga. Tapi lebih baik bawak couple sebab tempat ni sesuai untuk privasi dan cintan-cintun. 

Alamat: Tanjung Biru, Port Dickson 71050


4. Pusat Penetasan Penyu

Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort
Sumber: Glory Beach Resort

Jika ke Port Dickson, bawalah keluarga anda ke Pusat Penetasan Penyu Glory Beach Resort Port Dickson. Jenis penyu yang terdapat di sini adalah penyu karah. 

Yang menarik, masa penetasan anak penyu di bulan April ke September, telur yang dihasilkan kebiasaannya dalam 130 biji. Waktu lepaskan anak penyu pada waktu malam. Boleh lah dapatkan info lanjut daripada staf resort ni dulu. 

Alamat: Glory Beach Resort, Batu 2, Jalan Seremban Tanjung Gemok 71000 Port Dickson


5. Pantai Bagan Pinang

Credit Pic: The Star

Pantai Bagan Pinang terselah kemeriahannya kerana ianya lapang dan amat bersih. Udara yang bersih dan angin yang agak kuat sesuai untuk akiviti bermain layang-layang. Di sini juga terdapat food truck dan gerai makanan yang berdekatan pantai.  Anda juga merakamkan akiviti nelayan berhampiran yang membawa hasil tangkapan di pesisir pantai. Memang menarik!

Alamat: Batu 3, Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan


6. Gunung Angsi

Sumber: Mountain-cast F0recast

Gunung Angsi cukup terkenal di Negeri Sembilan. Nak mendaki ke sana ada caranya. Pertama anda boleh ikut laluan Hutan Lipur Ulu Bendul dan yang kedua adalah melalui trek Bukit Putus. Kalau anda nak yang lebih mencabar kerana perjalanan lebih jauh, anda boleh menggunakan trek Ulu Bendul. 

Gunung Angsi terkenal dengan panorama indah banjaran-banjaran gunung yang menyejukkan pandangan mata.

Alamat: Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan


7. Hutan Simpan Sungai Menyala

Hutan-Simpan-Sungai-Menyala
Sumber: Rakan Alam Sekitar Uniten

Jika anda explorasi hutan, Hutan simpan Sungai Menyala merupakan tempat yang sesuai untuk anda. Hutan ini  tanah pamah yang terbesar di Asia Tenggara bukan hutan biasa, tapi ia adalah sebuah hutan dara yang belum pernah diterokai. 

Lokasinya pula hanyalah 12 km sahaja dari Bandar Port Dickson. 

Alamat: Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson


8. Gunung Datuk

Credit pic : Pi1M

Gunung Datuk terletak di Daerah Rembau, ianya berketinggian 2900 dan yang ke 220 tinggi daripada 300 buah gunung yang terdapat di Malaysia. Gunung Datuk juga lebih tinggi daripada gunung lain yang terletak di Negeri Sembilan ini iaitu Gunung Angsi.

Pemandangan dari atas cukup memukau mata. 

Alamat: Gunung Datuk, Rembau


9. Lorong Seni Seremban

Lorong Seni Negeri Sembilan
Sumber: Tourism Malaysia Central

Seni bukan mudah hendak diexpresi dalam keadaan nyata. Elemen seni boleh dizahirkan dalam pellbagai bentuk. Bagi pengemar Art Trick 3D, suasana di Bandar Seremban yang agak klasik sesuai untuk anda semua yang gemar untuk berselfie, wefie. Pastikan anda bawa segala peralatan untuk bergambari disini. 

Alamat: Lorong Seni Seremban, 155C, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan


10. Masjid Negeri Sembilan

Masjid Negeri Sembilan
Sumber: Masjid Negeri Negeri Sembilan

Setelah penat bersiar-siar, jangan lupa solat di Masjid Negeri Sembilan yang dibina pada tahun 1966 dengan rekaan bentuk Minangkabau ini memiliki 3 tingkat . Arkitek binaan bangunan ini juga agak simbolik dengan sembilan buah tiang, sembilan anjung tambahan, dan sembilan ruang yang mencerminkan sembilan daerah pentadbiran yang dimiliki Negeri Sembilan.

Alamat: Jalan Dato’ Hamzah, Negeri Sembilan.

 

Daripada 10 Tempat Menarik di Negeri Sembilan di atas apa lagi ditunggu? Rancang perjalanan dan fikirkan cuti malaysia yang anda boleh bawakan ahli keluarga jalan-jalan di sekitar Negeri Sembilan. Hotel di negeri sembilan tak lah mahal sangat. Boleh jer tempah awal melalui agoda.com atau buat perbandingan di trivago.com 

Cadangan saya ialah manfaatkan cuti sekolah anak-anak anda dengan percutian di dalam negeri. Jimat poket anda. Bagi pula mereka yang single backpackers boleh jer buat pengembaraan solo ke Negeri Sembilan. Semoga pembaca semua teruja dan merasai keseronokkan bercuti di Negeri Sembilan.

 


Like it? Share with your friends!

0
Azhar Hamid

Digital Marketing

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This

Share this post with your friends!