Last Updated on
Pesta Orkid, Flora & Herba 2018 datang lagi…
Bagi peminat orkid flora & herba, jangan lepaskan peluang ini yang hanya datang setahun sekali. Acara yang gilang gemilang ini akan diadakan pada 22hb – 31hb Mac 2018 bertempat di RTC Kelantan dari jam 10.00 pg ke 10.00 mlm anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Lebih 10,000 spesis orkid dan floral dan herba akan dipamerkan termasuk spesis orkid jenama VIP yang berdaftar dengan Royal Horliculture Society London. Tahun ini pesta ini memperkenalkan pula herba-herba tempatan yang jarang ditemui di negara ini.

Tidak cukup itu, pesta ini juga menyajikan sajian Makanan Popular terutama sajian dari negeri Kelantan yang pastinya sedap dan harga yang berpatutan. Selain itu juga, aktiviti -aktiviti menarik bersama keluarga turut diadakan seperti wayang kulit, dikir barat, supa dupa, ceramah agama dan lain-lain lagi.

Semuanya ada semasa cuti sekolah nanti!!!
Jom ramaikan…Jom meriahkan!!
#PestaOrkidFloraHerba2018 #Orkid #RTCKelantan #OrkidFloral #FAMAdiHatiRakyat #agrobazaaronline #NBOS
#TN50 #MOA #ProgramCutiSekolah #2018
Layari www.agrobazaar.com.my
Official Ecommerce Platform
0 Comments