AgroBazaar Online Sertai MYCYBERSALE 2018


0

Last Updated on

AgroBazaar Online Sertai MYCYBERSALE 2018

mycybersale
mycybesale

Pejam celik MYCYBERSALE 2018 muncul kembali dengan lebih banyak penyertaan seramai 1200 pekedai yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan.

3-7 September adalah tarikh keramat membeli belah secara atas talian tanpa henti dengan tawaran yang bakal mengempiskan poket shopping anda. Tak percaya?  Ini adalah masa paling sesuai untuk menikmati tawaran percutian, gajet kegemaran, membeli-belah untuk hadiah percutian atau pesta akhir tahun,

Mycybersale 2018 diterajui oleh Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) . Mengikut sejarah, #Mycybersale diperkenalkan MDEC pada sekitar tahun 2014.

Menurut Pengerusi PIKOM, sasaran jumlah dagangan kasar sebanyak RM370 juta berbanding tahun lepas iaitu RM311 juta pada tahun 2017.

 

Penyertaan portal AgroBazaar Online pula adalah satu-satunya platform yang dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menawarkan 50 produk pilihan yang memberikan diskaun menarik untuk Mycybersale 2018 kali ini.

Kali ini AgroBazaar Online menawarkan Kod Baucar bernilai RM5 melalui pembeli atas talian produk dan pengguna digalakkan memuat turun aplikasi AgroBazaar Online di Apple Store dan Google Play

Antara jenama serantau dan antarabangsa yang mengambil bahagian adalah Lazada, Shopee, Shopback, 28Mall, Malaysia Airlines Berhad, Qoo10, Hermo, Shopback, Coca Cola, Mead Johnson dan Unilever.

Acara #MYCYBERSALE yang telah memasuki tahun kelima ini berjaya mengumpul lebih 1,007 pekedai.

Bazaar Peduli Rakyat

Bazaar Peduli Rakyat Mampu Tangani Masalah Kos Sara Hidup.

Bazaar Peduli Rakyat apa yang perlu anda tahu? Bazaar Peduli Rakyat dilaksanakan kena pada waktunya, dimana rakyat dapat menikmati barangan keperluan dengan harga yang berpatutan dan munasabah. Sejajar dengan hasrat kerajaan yang inginkan kos sara hidup dapat ditangani terutama rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Sebenarnya, Bazaar Peduli Rakyat ini membawa konsep usahasama pihak LKIM, LPP…

0 comments

Like it? Share with your friends!

0
Azhar Hamid

Digital Marketing

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This

Share this post with your friends!