Merdeka Sale AgroBazaar Online


0

Last Updated on

Merdeka sale
followazhar.com
105 Produk Tempatan Tarikan Merdeka Sale AgroBazaar Online

Merdeka Sale yang dianjurkan oleh portal AgroBazaar Online buat kali ke-3 akan bermula pada 27-31 Ogos 2018 dengan menawarkan sebanyak 105 produk tempatan barangan proses.

Dalam pada itu, pembelian melalui jualan online ini bukan sahaja boleh dihantar ke rumah malah ianya juga boleh dibeli secara bayaran waktu terima dan juga lokasi ambilan.

followazhar.com
Agromas

Menarik untuk kali ini, Produk Agromas di jual sehingga 49% untuk pakej kombo. Rata-rata usahawan memberikan diskaun daripada 5-49% secara atas talian.

Bagi memudahkan pembelian, pihak AgroBazaar Online menggalakkan pembelian melalui aplikasi AgroBazaar Online dengan memuat turun di sesawang Google Play untuk Android dan Apple Store untuk iphone.

Untuk makluman, seramai 40 Kedai atau 40 Usahawan menyertai Merdeka Sale pada kali ini dan ini merupakan antara aktiviti Merdeka Sale terbaik yang pernah dianjurkan oleh Portal AgroBazaar Online sehingga kini.

Selain itu, usahawan-usahawan yang terlibat berasal dari pelbagai pelusuk di seluruh Malaysia.

followazhar.com
Followazhar.com

Penglibatan usahawan AgroBazaar Online telah membuka luang pasaran yang lebih luas agar produk mereka bukan sahaja boleh dibeli oleh pengguna malah ini dapat memberi ruang promosi “product listing” kepada usahawan itu sendiri. Ini secara tak langsung, penjenamaan produk usahawan melalui platform Agrobazaar Online dapat menembusi pasaran ekonomi digital.

Bagi yang pertama kali melayari portal AgroBazaar Online di www.agrobazaar.com.my, anda boleh lah memuat turun aplikasi AgroBazaar Online di Apple Store dan Google Play.

Jimat.Mudah.Selamat


Like it? Share with your friends!

0
Azhar Hamid

Digital Marketing

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This

Share this post with your friends!