Pengunjung Ketagih Kari Kepala Ikan Orange Port Cafe


0

Last Updated on

Taiping yang terkenal dengan bandar di pinggiran Bukit Maxwell, sering menjadi tarikan pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara. Kecantikan bandar Taiping dan suhu agak sejuk di waktu malam menjadikan Taiping tarikan pelancong warga asing selain kaya dengan sejarah keunikan bangunan di zaman pemerintahan British.

Industri perhotelan di Taiping dilihat ada pasang surutnya kerana faktor ekonomi semasa, namun hotel-hotel di Taiping tetap mendapat sambutan pengunjung dalam negara terutama waktu musim cuti sekolah dan hujung minggu.  Jika anda berkunjung di sini jangan lupa menginap di Hotel Legend Inn, Taiping.

Nak Tau Kenapa?

Disini lah terletaknya Orange Port Cafe #orangeportcafe yang menjadi tarikan pengunjung datang ke bandar Taiping. Jangan lepaskan peluang membawa keluarga anda berkunjung disini terutama makan malam atau makan tengahari KARI KEPALA IKAN yang membuat anda mengigau malam dan ketagih.

Kari Kepala Ikan ni, kalau dah basuh jari makan tu tetap berbau. Alamak memang power la ya. Cuba jangan tak cuba. Di Orange Port Cafe ini bukan sahaja menu itu jer popular, anda juga boleh mencuba menu makanan yang lain ala kampung hinggalah ke menu barat. Sempena bulan kemerdekaan ini promosi diskaun sehingga 15%.

Set Makan Orange Port Cafe

Lagi satu jangan lupa selepas pekena Kari Kepala Ikan tu, side order boleh lah menikmati Coconut Saranghae. Aduyai, pasti rebah di tepi meja selepas minum Coconut Saranghae tu, macam ala-ala korea la pulak.  Kat sini juga menu-menu simple untuk lunch pun ada sama ada makan untuk berdua atau keluarga. Boleh juga buat tempahan untuk meeting, tempahan kahwin, reunion dan majlis aqikah serta lain-lain lagi dengan menelefon Kak Chah 014-6798689

Menu Orange Port
Menu Orang Port Cafe followazhar.com

Cara nak sampai sini senang jer. Boleh la guna google map Pin location 2, Jalan Long Jaafar 2, Jalan Long Jaafar, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Negeri Perak Orange Port Cafe

Senarai ringkasan lokasi tempat makan popular di Perak.

Taiping
1 Popiah – pasar larut matang
2 mee udang port weld..
3 kueytiow Doli… belakang bomba
4 Kari ikan semilang Kole Gula..
5 Cendol Bismillah…. pasar larut matatng
6 Satay Basri… pasar larut matang
7 Yong Taufu Bomba…
8 Nasik Lemak Tupai…kws perindustrian Tupai
9 Nasi Goreng Puyuh – kpg manggis changkat jering
10 Gulai Kari Ikan Sembilang – Plaza Tol Changkat Jering
11 Gulai Kari Ikan Sembilan – Restoran jalan ke Changkat Ibol
12 Laksa buyong – Taman Tasik Taiping (ikan belut)
13 Laksa buyong – Bukit Gantang (ikan belut)
14 Sup Gearbox – Cafeteria/ Kantin Penjara Taiping
15 Kuetiau/ bihun sup – Wakaf Taiping
16 Pak Lang Asam Pedas – pekan
17 Cendol ansari – pekan
18 Restoran makanan kampong – seberang jalan hospital taiping
19 Chickenchop – dekat cimb , jalan kpg jambu
20 Kanji Arab – dekat cimb, jalan kpg jambu
21 Nasi Lemak Sotong Mattom – Petronas Kamunting
22 Beehoon sup daging tanpa tulang (daging 8 perut) abng rosli – Pasartani taiping
23 Roti Jala – Warung Sudi Selera Stesen Keretapi Taiping
24 Laksa Sotong – depan Balai Polis Pokok Asam
25 Laksa Mexico – di Kamunting/Jln masuk Kpg Jana
26 Laksa Kuala Trong
27 Perut Sumbat Telur di Gerai 31, Densiko Nasi Padang,- bawah Bangunan Larut Matang Taiping
28 Popiah –ellla – bangunan larut matangl…
29 Pasembur Kadir – gerai asal bawah Bangunan Larut Matang, cawangan Tesco Taiping, dekat Bank Islam Taiping, Tesco Kampar, Ipoh dan beberapa tempat lagi
30 Sejenis minuman WHITE di Taiping. BLACK pun ada.
31 Cucur sekupang Pakcik Mei – di Kpg Pinang Kamunting
32 Mee Udang Banjir Mat Teh yg famous itu (peta di bawah)
33 Mee Udang Banjir Salleh (lebih hygiene)*
34 Mee Udang – azraie rekemen Salleh stall kat pekan port weld
35 Rojak Buah Irene Taiping, Market Road sebelah Esso
36 Kari Kepala Ikan – Orange Port Cafe – (Hotel Legend Inn- Taiping)
37 Telapia Bakar di Simpang Traffic Light BMLTR (Bukit Merah Lake Town Resort)

Kuala Kangsar
1 laksa Pak Ngah – Low Road (berhampiran sek men tsung wah)
2 laksa kalam – tepi sungai perak
3 laksa zimbo – area the store
4 laksa halim – Pdg Rengas
5 laksa paksu – Lubok Merbau/ ptg Jumaat di pasar KK
6 laksa haji arfan – tepi sungai perak
7 bihun sup Habuna – pekan sehari (jumaat, sabtu, ahad)
8 chickenchop – the cafegate (sebelah farmasi Tesa)
9 tempoyak ikan patin – gerai yop Helmi tepi sungai (menu wajib)
10 kuayteow sup ikan duri – belakang rumah Ku Tam
11 warung warisan masakan kampong – belakang stesen bas
12 restoran che an – jalan daeng selili
13 restoran kak bitah – sebelah pej JKR (jln taiping-lebai2 ramai kat sini)
14 kedai makan dahya, kak pah – deret seberang jalan stesen keretapi
15 restoran impian – Talang (tepi jalan kk-taiping)
16 restoran manong – seberang jalan Sek Tsung Wah (Low Road)
17 restoran ibnuboss – Chandan

Parit Buntar
1 cendoi – gerai makro-mara
2 ikan keli & kembung panggang- 500 meter dari Mesjid Tinggi…belah kiri arah ke KL.
3 Char Koey Teow Along – bertentangan dengan Taman Murni, Kampung Kedah, Parit Buntar.

Bagan Serai
1 Roti canai dan pelbagai kuih tradisi – tepi jalan bendang Selinsing @ dr jalan besar masuk ke arah jalan Kuala Gula dalam 500meter.

Teluk Intan
1 Mastan Ghani – mee & rojak
2 Ghulam Rasul – popular dengan nasik beryani & ayam goreng berempah
3 Kedai Kopi Utoh (sg Manik) – Pulut + wadi barandang bawang
(pulut + ikan sepat pekasam digoreng dgn cili kering & bawang)
4 kedai cowboy…pakcik jual mee rebus 1.20 ngan air laici 20 sen..
5 aneka gerai makan tepi bank rakyat menghala ke hentian bas mara

Ipoh
1 Sate Rose – Hentian Limau Tambun dan juga Hentian Bas Silveritage…
2 Sate kajang – medan gopeng dan ipoh garden dekat2 tesco
3 Mee Rebus Ramly – kws perindastrian Tasek
4 Restoran Salim, KK road – restoran nasi briyani dan kari kepala ikan
5 Popia SS Ali – Medan Selera, taman kanak2, dan juga di pasar2 mlm.
6 Ikan bakar dan masakan kampong – caw restoran Tasik Raban dekat stadium negeri
7 Rojak / cendol / popiah – Jalan Maxwell nak masuk manjoi
8 Nasi ganja – depan bekas stensen bas Tg Rambutan
9 Mee kari Hj Sujak – shopping complex dlm Uda Ocean
10 Restoran Sabar Menanti – menjual pelbagai jenis masakan kampong dan menu paling spesel adalah char kuayteow – terletak antara bangunan JKR ipoh dan bekas bangunan Bank Negara
11 Roti Bakar & Telur ½ Masak Medan Selera Datuk Sagor Masjid Negeri
12 Nasi Kandar Hussain di Medan Selera Datok Sagor bersebelahan Masjid Negeri dan boleh dinikmati seawal jam 8 pagi
13 Restoran Simpang Tiga Cita Rasa Khas Padang/Moden di Greentown
14 Perhentian Sebelah (Laybay) Simpang Pulai menghala ke Utara
(i) Nasi Ayam Basree Bustaman
(ii) Nasi Goreng China (gerai baru)
Gopeng
1 lemang kelamai – lemang orang Rawa yg dijual di tepi jalan
(kualiti lemang jenis ni tahan lama hingga 2 bulan)

Tapah
1 Warung Ikan Bakar Transnasional – dekat mesjid Tapah
2 Gerai De’Sya Nasi Campur – yang terletak selepas sekolah menengah kalau datang dari susur keluar lebuhraya. Lebihkurang 1 km dari rumah tol. Gerai ini terletak di sebelah kiri berseberang jalan dengan Gerai Intan Tom Yam. Penunjuk jalan yang lain ialah Papan Tanda JBA.- spesel makanan/masakan tradisi Melayu dan banyak jenis aneka pilihan lauk pauk.

Lenggong
1 Ikan Bakar Talapia dll – Restoran Tasik Raban
2 Mee Kari Lenggong spesel – Medan Selera (dekat Shell)
Selama
1 Mee Rebus – Kubu Gajah (pagi shj).
2 roti canai – depan supermarket Minat
3 restoran faizal – taman guru
Tanjong Malim
1 Nasi Beratur Tanjung Malim Ala Padang

 

 


Like it? Share with your friends!

0
Azhar Hamid

Digital Marketing

One Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This

Share this post with your friends!