Gold Eaf Malaysia kembangkan pasaran melalui platform AgroBazaar Online dan ke Pasaran Global


0

Last Updated on

Gold Eaf Malaysia kembangkan pasaran melalui platform AgroBazaar Online dan ke Pasaran Global.

Gold Eaf Malaysaia ialah sebuah syarikat bumiputera yang telah bertapak di Melaka sejak 2017. CEO syarikat iaitu Pn Fadilah Hassan merupakan usahawanita yang berjaya membawa nama negeri Melaka ke persada global melalui produk terbaru beliau.

Gold Eaf Malaysia Agrobazaar Online

white coffee

Gold Eaf Malaysia Agrobazaar Online
Teh Tarik
Gold Eaf Malaysia Agrobazaar Online
Chocolate

Gambar di atas di antara SKU produk Gold Eaf Malaysia untuk pasaran tempatan dan global.

Gold Eaf Malaysia Agrobazaar Online
Ketua Menteri Melaka
Gold Eaf Malaysia Agrobazaar Online
Majlis Pelancaran Produk Gold Eaf

Bagi tahun 2019, Syarikat Gold Eaf mengorak langkah lebih maju lagi dengan kerjasama strategik bersama NGO MCCF untuk tembusi pasaran negara FIJI pula.

Menyedari produk Halal mempunyai potensi untuk pasaran global, wanita kelahiran Melaka ini, berusaha keras memperluasakan pasaran syarikat beliau keperingkat antarabangsa mahupun tempatan.

Selain itu, rangkaian produk untuk pasaran tempatan diperluaskan lagi di negeri Melaka seperti di pasaraya-pasaraya tempatan sekitar negeri Melaka bagi memudahkan orang ramai mendapatkan produk berkenaan.

“Perancangan tahun 2019 lebih agresif dan mencabar kerana berdepan dengan ekonomi negara yang masih belum stabil. Syarikat lebih berhati-hati untuk berbelanja dan sentiasa mengkaji setiap aktiviti yang dapat memberi keuntungan” kata beliau ketika dihubungi.

Gold Eaf Malaysia
Temuramah di RTM – Selamat Pagi Malaysia

Menurutnya, usaha untuk menembusi pasaran global adalah langkah drastik bagi membendung permintaan dalam negara yang tidak menentu dan ini dapat menampung jualan dalam negara dan seterusnya melebarkan sayap pemasaran Gold Eaf Malaysia.

Untuk memperluaskan pasaran online, tumpuan juga diberikan melalui platform Alibaba, Shopee, Courosell, Lazada dan yang terbaru melalui platform trending dan terkini iaitu AgroBazaar Online

Menurut beliau, melalui platform Agrobazaar Online, syarikat berjaya memperluaskan pasaran atas talian dengan dibantu oleh team AgroBazaar Online yang menyediakan platform secara percuma dan mempromosi produk syarikat terutama di musim-musim perayaan.

“Kami percaya melalui platform AgroBazaar Online, syarikat mampu meningkat jualan dan dapat memperluaskan jenama Gold Eaf Malaysia” kata beliau dihujung temuramah.


Like it? Share with your friends!

0
Azhar Hamid

Digital Marketing

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This

Share this post with your friends!