FAMAfest Sasar 260,000 Pengunjung


0

Last Updated on

Fama Fest 2018 Sasar 260,000 Pengunjung.

GOPENG: Program tahunan yang di anjurkan oleh FAMA iaitu Fruits,Flowers,Food Fiesta ( FamaFest ) 2018 pada 26 hingga 30 Julai ini di Pusat Transformasi Luar Bandar RTC Gopeng.

Kali ini ianya menyediakan lebih 200 gerai jualan dan menyasarkan 260,000 pengunjung yang akan hadir.

Bukan sahaja kepelbagaian produk tempatan malah 25 jenis makanan popular sekitar negeri perak dan luar negeri perak turut menjadi tarikan utama. Manakala, buah-buahan seperti manggis,cempedak, rambutan dijual dengan harga promosi 5-20%.

Bagi peminat raja buah pula, sesi  ‘kendurian’ dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Durian Kendurian

Antara makanan popular yang bakal menjadi perhatian utama ialah Teh Tarik Beng Madu Pak Mat, kuih tradisonal Akok,  Kuba Guling, Nasi Ayam Merah (nasi ganja), nasi Bamboo Sungai Klah serta Chillex Cafe.

Masakan Popular

Peminat “gardening” disediakan sebanyak 5000 spesis orkid flora dan fauna. Turut serta, jualan ikan hiasan dan haiwan kesayangan dan menunggang kuda padi.

Kali ini juga pengunjung berpeluang membeli barang kawalan serta produk agromas secara dalam Aplikasi Agrobazaar Online yang terbaru.

Download sekarang nikmati baucar pembelian semasa di famafest nanti.

Agrobazaar Online Download Aplikasi

Pelbagai aktiviti sampingan bakal berlangsung seperti ceramah agama daripad PU Azman dan Dato Badli Shah Alaudin, pertandingan sangkar berhias haiwan kesayangan-kucing dan pertandingan Agro fantasy Make over.

 


Like it? Share with your friends!

0
Azhar Hamid

Digital Marketing

2 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *