E-dagang Agro No 1 di Malaysia


0

Last Updated on

Seusia 3 tahun,  portal Agro e-dagang atau dikenali dengan nama Agrobazaar Online yang dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terus bertapak dan komited membantu usahawan tempatan memasarkan produk serta bersaing secara sihat dengan portal e-dagang swasta lain yang ada di Malaysia.

Untuk makluman, tidak hairanlah ianya merupakan portal Agro No 1 di Malaysia kerana fokusnya terhadap bidang pemasaran pertanian dan industri asas tani.

Bukan mudah untuk menjadi terbaik di kalangan yang terbaik dan ini telah berjaya ditunjukkan oleh Portal Agrobazaar Online yang kini semakin mendapat tempat di kalangan pembeli online terutama produk Industri Asas Tani serta produk segar yang lain.

Dengan kata lain, portal ini bergerak seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia yang mahukan ekonomi digital menjadi teras kepada sumbangan Keluaran Kasar Pendapatan Dalam Negara.

Mengimbau bagaimana Agrobazaar Online diwujudkan, ianya merupakan salah satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan diuruskan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Agrobazaar Online melalui URL www.agrobazaar.com.my menyediakan pasaran baru dan mampan untuk produk pertanian dengan mewujudkan satu komuniti agro-makanan atas talian di Malaysia.

Di antara kategori produk yang terdapat dalam portal berkenaan ialah:

Kategori Produk

  1. Tanaman – Sayur, buah, bunga, herba, dll
  2. Perikanan – ikan air tawar, ikan marin, ikan hiasan dll
  3. Ternakan – lembu, kambing, ayam dll
  4. Industri Asas Tani – sejukbeku, biskut, minuman dll
  5. Agro-Pelancongan – makanan popular, homestay, kraftanga, dll
  6. Agro Perkhidmatan – latihan, pensijilan, input-input, mein-mesin dll

Antara ciri-ciri lain pada Portal Agrobazaar Online ialah ciri-ciri seperti responsif, penggunaan QR Code, lokaliti, seller rating dan pembayaran perbankkan secara atas talian. Difahamkan juga pada masa akan datang pihak FAMA akan membangunkan aplikasi dalam telefon untuk Android dan IOS dan siap pada tahun 2018.

Sejak diwujudkan, terdapat lebih 7000 produk dan 4000 usahawan telah berdaftar dengan portal Agrobazaar Online dan angka ini dijangka melonjak dari tahun ke tahun. Dari segi jualan pula setakat bulan Oktober 2017 ianya telah menyasarkan jualan sebanyak 1.9 juta dan jumlah trafik sebanyak 25,000 sebulan.

Orang ramai boleh melayari portal ini pada bila-bila masa di www.agrobazaar.com.my. Selain itu jika terdapat sebarang aduan atau maklumat lanjut sila email ke admin@agrobazaar.com.my atau telefon 03-61262020 (waktu pejabat)

 

 


Like it? Share with your friends!

0
Azhar Hamid

Digital Marketing

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This

Share this post with your friends!