Bazaar Peduli Rakyat Mampu Tangani Masalah Kos Sara Hidup.


0

Bazaar Peduli Rakyat apa yang perlu anda tahu? Bazaar Peduli Rakyat dilaksanakan kena pada waktunya, dimana rakyat dapat menikmati barangan keperluan dengan harga yang berpatutan dan munasabah. Sejajar dengan hasrat kerajaan yang inginkan kos sara hidup dapat ditangani terutama rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Sebenarnya, Bazaar Peduli Rakyat ini membawa konsep usahasama pihak LKIM, LPP dan FAMA mengembeling tenaga bagi meningkatkan sumber pendapatan dan merangsang ekonomi usahawan tempatan merupakan salah satu agenda utama dalam program ‘Bazaar Peduli Rakyat’ yang sedang dilaksanakan.

Ianya yang pertama dan julung kali dilaksanakan di kawasan penduduk Permatang Pasir dan kawasan sekitarnya dimana harga yang ditawarkan kepada penduduk lebih murah dan berkualiti.

Tidak cukup itu. program sedemikian akan diadakan secara bulanan di kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir iaitu YB Faiz Fadzil yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH.

Ketika ditemui, Faiz turut menegaskan program yang dilancarkan di PPK Kampung Pelet akan menjadi perintis pertama dan akan digerakkan ke seluruh negara dan akan menjadi aspirasi rakyat yang mahukan pembaharuan terutama rakyat Malaysia.

Beliau turut menambah, “Usaha program ini setidaknya dapat mengawal harga barangan agar tidak melonjak naik dan hasrat kerajaan menjadi sebuah kerajaan yang mendengar dan prihatin terhadap masalah rakyat”

“Kolaborasi agensi kerajaan bagi menjayakan program seperti ini dilihat mampu memberi impak positif agar program ini dapat menjadi formula penting dalam menyelesaikan keluhan rakyat yang masih menjadi belenggu kehidupan seharian rakyat di Malaysia”, katanya di akhir temubual.

Turut hadir sama, ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr Afif Bahardin.


Like it? Share with your friends!

0
Azhar Hamid

Digital Marketing

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This

Share this post with your friends!