AgroBazaar Online Challenge Tawar Hadiah RM200K


0

Last Updated on

AgroBazaar Online Challenge Bagi Peluang Pelajar Menangi RM200K

Acara yang julung kali diadakan ini iaitu Agrobazaar Online Challenge 2019 dianjurkan oleh Portal Edagang Agrobazaar Online merupakan acara yang bakal memberi impak posiiti kepada institusi pendidikan tinggi negara terutama dalam melahirkan generasi baru yang mapan dan berdaya saing.

Selain itu, AgroBazaar Online Challenge dicetuskan seiring dengan perkembangan pemasaran online dan secara langsung mewujudkan kerjasama strategi lautan biru diantara agensi kerajaan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Pengajian Tinggi.

AgroBazaar Online Challenge diwujudkan agar dapat melahirkan jati diri sebagai usahawan dalam diri para pelajar selain dapat mewujudkan “job creator” dan para pelajar dapat belajar cara meniaga secara online dengan lebih berkesan di atas talian.

Untuk makluman, AgroBazaar Online Challenge merupakan sebahagian daripada aktiviti New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) iaitu merupakan satu program baru MYAGROSIS yang melibatkan perniagaan atas talian. Ia dirangka untuk memberi pendedahan kepada golongan muda yang kekurangan pengalaman dan modal untuk menceburi pemasaran online.

Apa yang menarik, NBME menggunapakai konsep Reseller/Dropship Agent dan menggunakan agrobazaar.com.my sebagai platform. Pelajar akan dipilih dan akan di padankan dengan usahawan. Perjanjian persefahaman antara peserta dan usahawan diwujudkan meliputi perkara seperti komisen, stok dan penghantaran.

Selain itu juga, peserta seterusnya menjalankan perniagaan dan mempromosikan barangan usahawan samaada melalui media elektronik mahupun secara konvensional.

Dalam pada itu, setiap transaksi akan dikemaskini dalam sistem Agrobazaar Online bagi tujuan urusan penghantaran barangan. Transaksi ini akan dipantau sepanjang masa oleh usahawan yang terlibat.
Perlu diingatkan, urusniaga yang dijalankan adalah tulen dan pelajar dapat menilai dan merasai sendiri cabaran dan imbuhan dunia perniagaan.

Untuk makluman, Pilot projek NBME telah dilaksanakan di Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) pada julai hingga Ogos 2018 yang melibatkan 25 orang Usahawan Agrobazaar Online serta 505 orang Mahasiswa dan nilai jualan dalam tempoh program berkenaan adalah RM 64,131.52.

Selain itu juga, Agrobazaar Online Challenge imerupakan pertandingan bagi mencari top seller di kalangan mahasiswa IPT tanahair.

Pelajar boleh membuat promosi dan jualan produk-produk usahawan secara terus ataupun atas talian. Bagi jualan secara terus, nilai jualan perlu dimasukkan di dalam sistem Agrobazaar Online bigi tujuan penilaian.

Agrobazaar Online Challenge akan diadakan sebanyak 2 kali (2 Semester) setahun. Melalui Agrobazaar Online Challenge ini, FAMA mensasarkan jualan sebanyak RM 10 Juta yang meliputi dua semester.

Dijangka penyertaan seramai 13,000 pelajar dan setiap pelajar disasarkan menjual sekurang-kurangnya sebanyak RM1,000.00 bagi satu semester (6 Bulan).

Untuk pengetahuan, Agrobaaar Online Challenge akan bermula pada Dis Hingga Jun dan sesi seterusnya adalah pada bulan Julai Hingga Disember 2019.
Yang menarik, Pemenang Agrobazaar Online Challenge akan ditentukan pada setiap hujung semester. Nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM200,000.00

Syarat Agrobazaar Online Challenge

  1. Terbuka kepada semua ahli kelab MyAgrosis IPT .
  2. Peserta hendaklah berdaftar sebagai ahli NBME melalui Portal Agrobazaar Online – http://bit.ly/2C2qYRP
  3. Penyertaan perlu melalui Kelab MyAgrosis
  4. Jualan dan semua transaksi jualan hendaklah melalui portal ABO sahaja.
  5. Peserta terbaik akan dipilih berdasarkan 3 kriteria iaitu;-
  • Nilai Jualan Tertinggi
  • Bilangan Jualan Terbanyak dan
  • Penyediaan portfolio jualan dan strategi pemasaran

      6. Tempoh pertandingan bermula dari semester pertana dan semester kedua tahun 2019

7. Nilai jualan diambil kira setelah disahkan jualan atau ‘close sale’ dilakukan di dalam portal ABO.
Maklumat lanjut boleh lah menghubungi di talian 0361262020 Cawangan Pemasaran Online Ibu Pejabat FAMA Selayang atau email ke admin@agrobazaar.com.my / agrobazaaronline@gmail.com

Agrobazaar Online Challenge
Agrobazaar Online Challenge

Like it? Share with your friends!

0
Azhar Hamid

Digital Marketing

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This

Share this post with your friends!